Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia – KJ

 Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia – KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Kes pertama varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang berasal dari Afrika Selatan yang memasuki negara ini melalui KLIA dengan menaiki pesawat dari pada 19 Nov.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pelajar tersebut memasuki Malaysia dari Singapura dan setakat ni tiada jangkitan seterusnya dikesan.

Khairy berkata, pelajar berkenaan bukan warganegara merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh Perak.

“Ini adalah sebelum WHO mengumumkan varian Omicron dan sebelum kita mengetatkan sempadan negara dan tidak membenarkan warganegara dari negara-negara tertentu masuk.

“Individu berkenaan telah membuat ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA dan telah menjalani kuarantin wajib seorang diri di penginapan yang disediakan oleh universiti pelajar berkenaan di Ipoh.

Katanya, perjalanan pelajar itu dari KLIA ke Ipoh menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti. Kesemua lima orang krew bas telah diuji dan disahkan negatif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, sejarah dan rekod MySejahtera pelajar tersebut patuh dengan arahan yang dikeluarkan, kata Khairy dalam satu sidang media khas hari ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  1