Kes COVID-19 global menurun – WHO

 Kes COVID-19 global menurun – WHO

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), bilangan kes jangkitan baharu COVID-19 di seluruh dunia makin menurun.

“Untuk minggu keempat berturut-turut, jumlah kes baharu global dilaporkan menurun, dengan 3.1 juta kes baharu direkodkan minggu lalu iaitu penurunan sebanyak 17 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Angka yang direkodkan ini adalah yang terendah sejak Oktober 26, atau 15 minggu yang lalu,” kata WHO.

Pertubuhan kesihatan itu turut mengatakan walaupun masih banyak negara yang merekodkan jumlah kes yang meningkat namun kecenderungan di pihak global adalah memberangsangkan.

“Jumlah kematian baharu yang direkodkan turut turun untuk minggu kedua berturut-turut, dengan 88,000 kematian dilaporkan iaitu penurunan sebanyak 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Semua wilayah WHO melaporkan penurunan kes baharu, dengan lima daripada enam wilayah melaporkan penurunan lebih daripada 10 peratus,” kata badan kesihatan global itu.

Kata WHO, laporan kematian baharu turut menurun di semua wilayah kecuali Pasifik Barat, di mana kadar kematian tetap serupa dengan minggu sebelumnya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

86  −  76  =