Kes baharu COVID-19 kembali cecah angka 20,000

 Kes baharu COVID-19 kembali cecah angka 20,000

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali meningkat melebihi 20,000 apabila merekodkan sebanyak 20,897 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata, jumlah yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini mencecah 1.75 juta.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,371 kes, diikuti Sabah (2,594 kes), Sarawak (2,285 kes), Johor (2,159 kes), Kedah (1,942 kes), Pulau Pinang (1,732 kes), Kelantan (1,479 kes), Perak (1,204 kes) dan WPKL (1,003 kes).

Selain itu, Pahang mencatatkan 798 kes, Terengganu (608 kes), Melaka (417 kes), Perlis (64 kes), WP Putrajaya (25 kes) dan WP Labuan (1 kes).

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  +    =  37