Kertas kerja bantu sektor pelancongan perlu dibawa ke EAC – Mustapa

 Kertas kerja bantu sektor pelancongan perlu dibawa ke EAC – Mustapa

KOTA BHARU, 14 Mac — Satu kertas kerja bagi membantu sektor pelancongan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19 perlu disediakan dan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ketika beberapa sektor seperti sektor perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan pembinaan sudah mula beroperasi serta menunjukkan tanda-tanda pemulihan tetapi pengusaha pelancongan masih berdepan dengan tekanan akibat pandemik itu.

“Kita sudah banyak kali mendengar mengenai isu yang dihadapi sektor pelancongan yang dibawa oleh Menteri Pelancongan (Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri) termasuk semasa Mesyuarat Kabinet.

Sudah tiba masanya satu kertas kerja perlu disiapkan (pihak berkenaan) yang diketuai oleh Menteri Pelancongan untuk dibentangkan kepada EAC supaya kita dapat dengar hal-hal terkini tentang sektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengusaha Hotel dan Bas Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan  Kelantan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Kelantan Mohd Aidil Afizi Daud.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat hampir dua jam itu, Mustapa berkata selaku urus  setia EAC beliau mewakili Kerajaan Persekutuan dalam pertemuan berkenaan bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang sedang dihadapi pengusaha pelancongan di Kelantan.

Beliau berkata pertemuan itu penting kerana kerajaan mahu mendengar maklum balas daripada pemain industri ketika negara sedang bersiap sedia untuk fasa pemulihan ekonomi yang dirancang termasuk melibatkan pengusaha di Kelantan.

“Hari ini kita mendengar mengenai isu serta masalah yang sedang dihadapi, ada yang sudah lama diketahui¬†seperti permohonan moratorium khusus kepada sektor pelancongan, namun ada juga yang baharu seperti¬†permintaan sektor tersebut dianggap sebagai barisan hadapan seterusnya diberi perhatian istimewa dalam program vaksinasi,‚ÄĚ katanya.

Beliau berkata semua cadangan yang diterima akan dibawa ke peringkat EAC.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  3  =