Kereta elektrik bakal lebih murah dari yang makan minyak!

 Kereta elektrik bakal lebih murah dari yang makan minyak!

Adakah kereta anda selepas ini berkuasa elektrik?

The Guardian melaporkan, kenderaan elektrik (EV) bakal menjadi jauh lebih murah berbanding kenderaan petrol atau diesel tidak lama lagi. Ini akan menyaksikan satu perubahan mendadak atau “tipping point” dikalangan pengguna diseluruh dunia untuk memilih kenderaan yang lebih mesra alam itu.

Walaupun di beberapa negara Eropah seperti Norway, Perancis dan Jerman, harga kereta EV sememangnya lebih rendah sekarang, tetapi ini hanya kerana hasil subsidi kerajaan bagi menggalakkan pengurangan tenaga fosil.

“Ini sememangnya satu titik infleksi,” kata James Firth, ketua jabatan di syarikat penyelidikan tenaga BloombergNEF. “Kita akan menyaksikan penerimaan kenderaan elektrik secara besar-besaran di pasaran.

”Penurunan harga EV ini dikatakan berlaku hasil dari kemajuan pesat di dalam bidang penyelidikan bateri. Kereta elektrik kini mampu bergerak lebih jauh (dari 160km hingga 450km sekali cas), lebih berprestasi berbanding kereta biasa (Tesla mampu memacu dari 0-100km/j dalam masa 1.9 saat) dan menurut laporan, ahli sains sedang membangunkan teknologi bateri yang boleh dicas dalam masa 5 minit sahaja!

Di Malaysia, infrastruktur bagi EV mungkin belum mencapai tahap yang diperlukan untuk menyokong penggunaan kenderaan ini diseluruh pelusuk negara. Tetapi kerajaan Malaysia memang mempunyai perancangan untuk membangunkan satu ekosistem EV tidak lama lagi, sejajar dengan komitmen Malaysia kepada Persetujuan Paris bagi menurunkan kadar pengeluaran karbon dan mengurangkan impak kepada alam semulajadi.

Jika stesen pengecasan ada di mana-mana, dan harga pun dah murah, adakah kereta milik anda jenis EV selepas ini?

–Untuk mengetahui lebih lanjut tentang halatuju EV di Malaysia, muat turun Rangka Tindakan Mobiliti Elektrik Nasional oleg Green Tech Malaysia di https://rise.esmap.org/…/malaysia/RE/12.4%20page%2011.pdf

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

96  −    =  91