Kerap terputus bekalan elektrik, penduduk desak TNB tingkatkan kualiti perkhidmatan.

 Kerap terputus bekalan elektrik, penduduk desak TNB tingkatkan kualiti perkhidmatan.

KUALA SELANGOR, 21 Jun — Penduduk Dun Jeram, Kuala Selangor mahu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)  meningkatkan kualiti perkhidmatannya.

Ini susulan kekerapan berlakunya insiden bekalan elektrik terputus di kawasan itu.

Menurut penduduk Bandar Puncak Alam disini, Izzatunnazmi Shazwan Abd Aziz berkata gangguan bekalan elektrik dikawasan itu berlaku sekurang- kurangnya empat atau lima kali setahun.

“Boleh jadi acara bulanan dah ni, Masalah air acara tahunan, putus elektrik setiap bulan,” katanya.

Menurut Izzatunnazmi sehingga hari ini, tahun 2021, berlaku gangguan pada 21 jun, 25 mei, 27 april, 23 april dan 21 april.

“Tahun 2020 pula pada 31 dis, 23 sep, 16 ogos dan 24 april manakala tahun 2019 pada 22 dis, 2 okt, 7 april, 20 jan dan 17 jan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, NorAzlin Naim memaklumkan, di Bandar Puncak Alam, Alam Suria, Kg Bukit Hijau, Kg Bukit Kucing, Kg Bukit Kucing Tengah dan Kuala Selangor sudah terputus bekalan letrik sejak subuh hari ini.

Sementara itu, Adun Jeram, YB Shaid Rosli memberitahu Wacana.my pihaknya telah membawa aduan penduduk ke pengetahuan TNB cawangan Kuala Selangor dan masih menunggu tindakan dari pihak TNB.

Wacana.my akan menghubungi pihak TNB bagi mendapatkan penjelasan mereka.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

90  −  84  =