Kerajaan wujudkan program “Home Schooling” khusus buat golongan kanak-kanak istimewa

 Kerajaan wujudkan program “Home Schooling” khusus buat golongan kanak-kanak istimewa

PETALING JAYA: Tahukah anda, bahawa kerajaan sudah mewujudkan satu program pembelajaran  baharu untuk kanak-kanak mempunyai masalah kesihatan kronik serta memerlukan penjagaan ibu bapa rapi yang diberi nama “Home Schooling”.

Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kronik. Program ini hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak.

Kanak kanak diutamakan mengikuti sesi persekolahan seperti biasa kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Difahamakan, program “Home Schooling” diwujudkan dibawahkan Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah segmen prihatin rakyat untuk memudahkan individu yang mana terkesan.

Antara syarat perlaksanaan Home Schooling yang perlu diketahui adalah,

Dijalankan di rumah kanak kanak tersebut dan boleh diajar sama ada oleh ibu bapa atau tutor yang mempunyai ikhtisas perguruan.

Home Schooling tidak boleh dilaksanakan secara berkumpulan kecuali bagi adik-beradik kanak-kanak tersebut

Tahap minima Kurikulum Kebangsaan hendaklah dipatuhi iaitu mengajar mata pelajaran teras bagi Pendidikan rendah.

Sebarang Kurikulum tambahan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pendaftar

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dibenarkan menjalankan pemantauan dan penilaian murid hendaklah dibuat secara berkala.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *