Kerajaan umum lebih banyak kelonggaran sektor sosial, pendidikan

 Kerajaan umum lebih banyak kelonggaran sektor sosial, pendidikan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran sektor sosial dan pendidikan di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA), Pusat Jagaan Harian dan Pusat Perkembangan Minda di negeri terbabit juga dibenarkan beroperasi.

Katanya, pengendali dan pekerja di pusat itu perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kolam memancing juga dibenarkan beroperasi, dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap dan ketetapan mengikut fasa PPN.

Bagi Fasa 1, dari jam 6 pagi hingga 8 malam di daerah sama dan Fasa 2, 6 pagi hingga 10 malam di negeri sama.

“Selain itu, pengoperasian Institut Latihan Sektor Pengangkutan Udara dan Darat dibenarkan di negeri Fasa 2 PPN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =