Kerajaan tak abai gelandangan, sentiasa bantu

 Kerajaan tak abai gelandangan, sentiasa bantu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof membuat tinjauan pengedaran makanan kepada penerima di Pusat Gelandangan Medan Tunku, Kuala Lumpur ketika Lawatan Santuni Golongan Gelandangan, pada Ahad. – WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 25 Jul — Kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan golongan gelandangan di ibu kota tidak dipinggirkan dan mempunyai tempat berteduh walaupun buat sementara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata ada di antara gelandangan terdiri daripada hilang punca pendapatan, tidak mampu menyewa kediaman dan perantau dari negeri lain.

Dengan itu, katanya, kerajaan mengambil langkah tertentu untuk meningkatkan pendapatan golongan ini agar mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ditemuramah selepas membuat tinjauan pengedaran makanan kepada penerima di Pusat Gelandangan Medan Tunku, Kuala Lumpur ketika Lawatan Santuni Golongan Gelandangan, pada Ahad. – WMY/Supian Ahmad

“Kerajaan sentiasa mengambil peduli mengenai keadaan mereka. Disebabkan itu, DBKL, Menteri Wilayah Persekutuan dan sebagainya telah menyediakan tempat transit seperti ini agar mereka boleh berteduh selain mendapatkan bantuan.

“Tujuan program ini dibuat agar kerajaan dapat memahami apa yang patut dilakukan untuk menambah baik kelestarian hidup mereka.

“Kebanyakan gelandangan yang hadir pada program tersebut adalah mereka yang hilang punca pendapatan, yang tidak mampu untuk menyewa serta perantau dari negeri lain.

“Kerajaan kini mengambil langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan pendapatan golongan ini agar mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan makanan kepada 300 gelandangan dalam Lawatan Santuni Golongan Gelandangan di Pusat Gelandangan Medan Tunku, pada Ahad.

Menurutnya, kerajaan dapat mendekati dengan golongan gelandangan selain memberikan kefahaman tentang apa yang berlaku pada waktu kini, seperti wabak COVID-19, kesihatan mental serta keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  59  =  66