Kerajaan PN terus fokus bela rakyat di sebalik pelbagai usaha gugat kestabilan

 Kerajaan PN terus fokus bela rakyat di sebalik pelbagai usaha gugat kestabilan

Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, dua kiri) beramah mesra dengan warga emas, Abdul Hamid Yakim, 88, (duduk, dua kanan) dan isteri Fatimah Abdullah, 83, (duduk, kanan) semasa mengadakan ziarah prihatin warga emas di Kampung Paya Ronggang dekat Liang Batu, semalam. Turut hadir, isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak lebih setahun lalu bejaya menampilkan kepimpinan, kebijakan dasar dan keikhlasan membela nasib rakyat.

Muhammad Hilman Idham

Ketua Penerangan Pemuda PN Muhammad Hilman Idham berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengugat kestabilan kerajaan, namun pihak pentadbiran terus fokus melaksanakan inisiatif demi rakyat.

Beliau berkata ini termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA PRIHATIN), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Pelbagai inisiatif ini telah berjaya memperkukuh dukungan rakyat temasuk sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Hilman berkata kestabilan kerajaan dan kecemerlangan pentadbiran negara telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih apabila sejumlah RM164 bilion pelaburan melibatkan 4,599 projek diluluskan sepanjang tahun 2020.

Selain itu, katanya lebihan dagangan tahun lalu yang meningkat 26.9 peratus kepada RM184.79 bilion berbanding pada 2019 memberi keyakinan bahawa negara berada di landasan yang kukuh dalam usaha mencerdaskan ekonomi.

“Pemuda PN yakin, cadangan penggubalan Dasar Pelaburan Baharu yang memberi keutamaan kepada pelaburan berkualiti tinggi akan meningkatkan daya saing ekonomi negara seterusnya menjadi pemangkin ke arah membangunkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi lima tahun akan datang.

“Perikatan Nasional akan terus istiqamah membudayakan politik khidmat demi membela nasib dan kebajikan rakyat di saat negara masih bergelut dengan krisis COVID-19,” katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  2  =