Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri

 Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (tiga, kiri) melawat ruang pameran sebelum merasmikan sambutan Melaka Bumi Lestari sempena Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi peringkat negeri, hari ini

MELAKA, 9 April — Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyarankan agar setiap kerajaan negeri mewujudkan Loji Rawatan Kumbahan Serantau di zon industri masing-masing dalam usaha mengawal pembuangan sisa kumbahan industri secara lebih teratur dan selamat.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata loji berkenaan akan berfungsi sebagai sistem pembetungan berpusat atau bersepadu untuk rawatan sebelum ia disalurkan ke sungai atau kawasan pembuangan sisa kumbahan industri yang telah ditetapkan.

“KamiĀ di peringkat KASA sedang merangka untuk mewujudkan satu sistem supaya sisa industri kita dirawat sebelum dibuang danĀ satu daripadanya menerusi pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau.

“Justeru kamiĀ harap negeri-negeri yang dalam perancangan untuk melaksanakan zon kawasan industri terus mengambil mekanisme ini dalam pelan pembangunan kawasan industri mereka dan inisiatif ini akan memudahkan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekali gus membantu kamiĀ mengawal pencemaran dari hanya satu sumber sahaja,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Melaka Bumi Lestari Sempena Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi peringkat negeri Melaka yang turut dihadiri Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk membantu kementeriannya menganjurkan persidangan peringkat kebangsaan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim hanya sekadar retorik politik untuk mencari publisiti.

Beliau berkata di peringkat KASA, pelbagai program dilaksanakan untuk menangani atau memantau isu berkaitan perubahan iklim atau pencemaran yang berlaku di negari ini.

“Jika beliau (Lim) ingin membantu, beliau perlu menyelesaikan beberapa isu alam sekitar di Pulau Pinang terlebih dahulu seperti pencemaran Sungai Kereh ekoran aktiviti penternakan babi selain pelepasan karbon di kawasan kilang di negeri itu.

“Di peringkat KASA, kamiĀ ada tanggungjawab dan kamiĀ ada program yang kamiĀ laksanakanā€¦ banyak benda yang kamiĀ lihat secara keseluruhan,” katanya.

Semalam, Lim dilaporkan berkata DAP bersedia membantu dan memberi sumbangan, terutama melalui bekas Menteri Pakatan Harapan Yeo Bee Yin yang mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usahanya bertindak dalam isu alam sekitar dan perubahan iklim.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  7