Kerajaan manfaatkan lebih banyak data untuk salur bantuan — Tengku Zafrul

 Kerajaan manfaatkan lebih banyak data untuk salur bantuan — Tengku Zafrul

Oleh Nurul Hanis Izmir

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Kerajaan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpulkan oleh pelbagai kementerian untuk menyalurkan bantuannya kepada individu dan perniagaan yang masih terjejas oleh pandemik kesihatan yang telah berlarutan lebih setahun, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz.

ā€œKita sedang membuat perbincangan di peringkat kementerian kewangan dan kementerian-kementerian yang berkenaan mengenai bagaimana kita boleh bantuĀ terutamanya di sektor-sektor yang masih terkesan dengan pandemikĀ ini,ā€ katanya.

Perbincangan dan data yang dikumpulkan akan digunakan untuk merangka pelbagai langkah baharu.

ā€œIni akan dumumkan dalam masa terdekat,ā€ katanya kepada media sewaktu pembentangan sorotan kejayaan dan pencapaian setahun kementerian itu, baru-baru ini.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan pelbagai langkah rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion. Pada Januari, ia melancarkan pakej rangsangkan ekonomi kelimanya,Ā PakejĀ Bantuan Perlindungan EkonomiĀ dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang merangkumi lebih 22 inisiatif.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion bagi Belanjawan 2021, belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Bagaimanapun, beberapa perniagaan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan masih belum dapat beroperasiĀ kerana sempadan masih belum dibuka.

ā€œSyarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran yang perlu dibantu kerana mereka masih belum dapat meneruskanĀ operasiā€ kata Tengku Zafrul.

Selain itu, katanya, bantuan tersebut bertujuan memastikan ia boleh membantu menyokong proses pemulihan dalam sektor tersebut, di samping strategi lain yang melibatkan program vaksinasi.

Imunisasi adalah kunciĀ  bagi pemulihan ekonomi, tegasnya.

Dalam usaha untuk membendung penularan pandemik dan memulihkan ekonomi, Perikatan Nasional, yang meraikan ulang tahun pertamanya pada 28 Feb, telah merangka pelan pemulihan 6R enam peringkatĀ ā€” Resolve (ketegasan), Resilience (ketahanan), Restart (jana semula), Recovery (pemulihan), Revitalise (memperkasas) danĀ Reform (menyusun semula).

Di bawahĀ Pelan Jana Semula Ekonomi NegaraĀ (PENJANA) bagi merangsang perniagaan tempatan, kerajaan memperuntukkanĀ sebanyak RM1 bilion untuk membantu industri pelancongan.

Bagaimanapun, berdasarkanĀ laporan UnitĀ Pelaksanaan Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara AgensiĀ NasionalĀ  (LAKSANA), yang dikeluarkan setiap minggu oleh kementerian itu, sambutan nampaknya kurang memberangsangkan.

Setakat 19 FebĀ (daripada laporanĀ LAKSANA ke-43), terdapatĀ 579 permohonan bagi pembiayaan ini danĀ 282 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaanĀ RM57.1 juta.

Mengulas mengenai perkara ini, Tengku Zafrul berkata permohonan perlahan itu disebabkan sama ada syarikat menutup perniagaan mereka atau mengurangkan operasi, jadi mereka merasakan tidak ada gunanya untuk memohon peruntukan tersebut.

ā€œSebagai ahli perniagaan, mereka memberitahu kami bahawa mereka memerlukan beberapa rancangan yang akan dilakukan apabila kami membukakan industri tetapi kami belum dapat membuat perancangan lagi kerana ia bergantung kepada bilangan kes COVID-19.

ā€œOleh itu, jika syarikat mengendalikan perniagaan hotel, mereka tidak mahu meminjam lagi kerana mereka tidak pasti dengan perolehan mereka kerana mereka belum boleh memulakan semula operasi. Jadi mungkinĀ sektor pelancongan perlukan pertolongan yang lain dan InsyaAllah kami juga akan mengumumkan sesuatu untuk menyokong industri ini,ā€ katanya.

Selain itu, menerusi kemas kini mingguan LAKSANA ke-43, beliau berkata, kerajaan akan merangka langkah-langkah tambahan dalam masa terdekat untuk menyediakan bantuan bersasar kepada kumpulan rentan.

Beliau berkata langkah-langkah tambahan itu bertujuan untuk membantu golongan miskin serta mereka yang kehilangan pendapatan dan meningkatkan sokongan kepada perniagaan terutamanya yang masih belum dapat beroperasi dan yang sedang dalam proses membuka semula perniagaan pasca perintah kawalan pergerakan.

Perdana MenteriĀ Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Februari menyatakan kerajaan akan mengumumkan strategi tambahan pada pertengahan Mac untuk membantu memulihkan ekonomi dan mengurangkan impak ekonomi akibatĀ daripada COVID-19.

“InsyaAllah, bulan depan saya akan umumkan satu strategi komprehensif, saya baru membincangkannya dengan menteri kewangan. Saya akan umum apa strategi sebenar, agar kita boleh menyelesaiakan masalah sekarang dengan pantas dan ekonomi kita akan menjadi lebih rancak.

“Tunggu sajalah, saya akan umumnya nanti, mungkin pada pertengahan Mac,ā€ katanya baru-baru ini.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  37  =