Kerajaan digesa bantu kelangsungan PKS dalam Belanjawan 2022

 Kerajaan digesa bantu kelangsungan PKS dalam Belanjawan 2022

Datuk Razali Idris

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Kerajaan digesa turut menumpukan keutamaan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Datuk Razali Idris, berkata hasil kaji selidik dilakukan persatuan PKS mendapati kira-kira 200,000 perniagaan terbabit berpotensi gulung tikar jika sekatan pergerakan diteruskan.

Beliau berkata, ini kerana PKS di seluruh negara mengalami kemerosotan aliran tunai yang ketara, selain perniagaan amat perlahan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan perlu peka kepada permasalahan dihadapi PKS, bagi mengelakkan lebih banyak yang terpaksa gulung tikar kerana menghadapi kekangan kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razali juga menyifatkan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) adalah tepat dan cetusan ideanya, terutama dalam membantu peniaga termasuk PKS, perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2022.

Beliau berkata, PKS merupakan antara nadi dan tulang belakang kepada ekonomi negara, justeru perlu diberi bantuan serta pakej insentif demi kelangsungan mereka yang terkesan.

“Saya percaya kerajaan peka akan permasalahan dihadapi PKS, yang perlu diberi keutamaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

31  −  25  =