Kerajaan digesa perhalusi syarat pergerakan untuk golongan belum terima vaksin

 Kerajaan digesa perhalusi syarat pergerakan untuk golongan belum terima vaksin

Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof mahu semua pihak ketepikan jawatan dalam membantu rakyat yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan digesa perhalusi syarat pergerakan untuk golongan belum terima vaksin khususnya SOP di premis perniagaan.

Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata, walaupun bersetuju dengan dasar kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok vaksinasi COVID-19, namun diskriminasi terhadap golongan yang belum divaksin perlu diberi perhatian dan diteliti dari aspek kebajikan mereka.

Ini kerana, katanya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di waktu kerajaan lalu, pernah menyatakan kerajaan tidak bercadang mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.

“Khairy Jamaluddin telah menjelaskan vaksin tidak diwajibkan namun ia digalakkan untuk melindungi masyarakat dan komuniti.

“Rakyat sama ada vaksin atau tidak, perlu meneruskan kehidupan, perlu mendapatkan bekalan asas mereka.

“Tindakan diskriminasi oleh pemilik premis perniagaan akan memburukkan keadaan dan menidakkan hak mereka untuk mendapatkan bekalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas desakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung diskriminasi terhadap pengguna yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan bersetuju dengan penjelasan Khairy yang menegaskan vaksin COVID-19 tidak diwajibkan dan mereka yang tidak divaksin diharuskan membuat pemeriksaan kesihatan berkala.

Tambahnya, kerajaan harus membuat satu polisi atau dasar berkenaan isu dibangkitkan oleh PPIM bagi memastikan kelestarian kehidupan rakyat tidak terjejas.

Tegasnya, beliau mempersoalkan tentang pandangan kerajaan mengenai masalah diskriminasi yang sedang berlaku kini.

“Perkara sebegini hanya akan merugikan rakyat dan kerajaan.

“Dan tidak mustahil akan berlaku penipuan dan rasuah melibatkan sijil vaksinasi jika perkara ini tidak diselesaikan segera,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  +    =  52