Kerajaan beri amaran kepada majikan, patuh SOP – Menteri Sumber Manusia

 Kerajaan beri amaran kepada majikan, patuh SOP – Menteri Sumber Manusia

Pekerja di kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. memunggah bungkusan roti yang telah siap untuk dihantar kepada pembekal WMY/SUPIAN AHMAD

PUCHONG, 25 Jun — Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan telah mengetuai operasi pematuhan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) yang berlangsung di sebuah Kilang Gardenia, di sini, hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengetuai Operasi Pematuhan Akta 342 dan Akta 514 di kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. WMY/SUPIAN AHMAD

Operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan semua premis tanpa mengira sektor kekal patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk perlaksanaan kaedah bekerja dari rumah (WFH).

Selain itu, operasi itu turut bagi memastikan kehadiran pekerja sektor swasta dalam perkhidmatan perlu tidak melebihi had seperti yang dinyatakan dalam surat kebenaran beroperasi.

Pekerja di kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd menunggu giliran untuk memulakan tugas. WMY/SUPIAN AHMAD

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius situasi penularan wabak COVID-19 terutamanya melibatkan kluster tempat kerja dan penginapan pekerja dan sentiasa mengambil pelbagai pendekatan dalam memastikan semua pihak sama ada majikan, pekerja mahupun orang awam kekal patuh terhadap SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini.

“KSM sekali lagi menyeru semua pihak agar bekerjasama meningkatkan kepatuhan terhadap SOP PKP bagi mengekang dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19, demi kelangsungan ekonomi, sosial serta kesejahteraan pekerja, majikan dan negara,” katanya.

Seorang pekerja selesai memunggah bungkusan roti yang telah siap untuk dihantar kepada pembekal di kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. WMY/SUPIAN AHMAD

Tambahnya, sebarang kesalahan yang dikenalpasti akan diambil tindakan perundangan menurut peruntukan undang-undang yang berkenaan.

“Tidak mematuhi SOP adalah antara sebab berlakunya kenaikan kluster di tempat kerja. Jika ia berterusan, kerajaan tiada pilihan lain selain mengarahkan penutupan semula operasi. Jangan paksa kerajaan ke arah itu,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  37  =  41