Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini

 Keputusan tawaran ke Tingkatan Enam diumum Isnin ini

Foto Kredit Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran ke Tingkatan Enam yang akan diumumkan pada Isnin depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi Portal Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran.

“Bagi murid lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam tetapi tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid. Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai 2021,” menurut kenyataan itu hari ini.

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai melalui portal yang sama.

Manakala, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan permohonan rayuan pada tarikh yang sama.

Menurut KPM, sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

45  −    =  44