Keputusan kewangan Glomac terjejas teruk akibat PKP COVID-19

 Keputusan kewangan Glomac terjejas teruk akibat PKP COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 sept — Glomac Berhad mencatatkan hasil berjumlah RM28.8 juta bagi suku tahun berakhir 30 April 2022, menyusut lebih 38% daripada RM46.87 juta yang dicatat tempoh sama pada tahun lalu.

DagangNews.com melaporkan, untung bersih syarikat pemaju ini juga menjunam lebih 60% kepada RM1.73 juta berbanding RM4.39 juta bagi tempoh sama.

Ia mendorong penurunan perolehan sesaham kepada 0.23 sen berbanding 0.57 sen sebelum ini.

Keputusan kewangan itu adalah ekoran persekitaran operasi yang amat sukar akibat pandemik COVID-19, kata Glomac dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

“Prestasi terkesan akibat pemberhentian sementara kerja-kerja pembinaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan tahun,” kata syarikat tersebut.

Walaupun begitu ujarnya, hasil bagi suku tahun diperoleh daripada fasa yang sedang dibina di Saujana Perdana, Plaza@Kelana Jaya, Saujana Rawang, Lakeside Boulevard dan 121 Residences.

Lembaran imbangan Kumpulan kekal mantap, dengan kedudukan tunai RM189.9 juta setakat 31 Julai 2021.

Paras hutang bersih berada pada tahap 0.26x yang wajar manakala nilai aset bersih sesaham berada pada paras RM1.45.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *