Keputusan eGTukar diumum 6 Disember – Radzi Jidin

 Keputusan eGTukar diumum 6 Disember – Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Keputusan permohonan guru, eGTukar akan diumum pada 6 Disember ini menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dato Dr Radzi Jidin.

Menurut Radzi, dengan pengumuman tersebut dapat memberi ruang kepada guru-guru untuk membuat persiapan sewajarnya menjelang persekolahan bagi tahun 2022.

“Tentu ramai guru-guru, khususnya yang memohon pertukaran melalui eGTukar menunggu tarikh keputusan permohonan tersebut diumumkan. Ini juga merupakan antara perkara yang sering diajukan kepada saya, terutamanya apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.

“Insha-Allah keputusan eGTukar akan diumumkan pada 6 Disember dan ini akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membuat persiapan sewajarnya. KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya menerusi satu kenyataan video di Facebook beliau pada Rabu.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *