Kepercayaan rakyat tunjang kekuatan BERSATU

 Kepercayaan rakyat tunjang kekuatan BERSATU

Datuk Razali Idris

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Kepercayaan yang diberikan rakyat kepada BERSATU menjadi tunjang kekuatan parti tersebut dalam mengharungi arus politik negara selama lima tahun penubuhannya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, kepercayaan tinggi yang diberikan rakyat kepada BERSATU bagi mewujudkan sebuah parti politik Melayu yang berintegriti, amanah dan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan kaum lain menjadi tunjang utama perjuangan BERSATU.

“Kekuatan BERSATU selama ini ialah kepercayaan tinggi rakyat yang menaruh harapan baharu kepada sebuah parti Melayu yang berintegriti, amanah dan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan kaum yang lain.

“Sebagai parti yang baharu tidak bermakna kami tidak tahu selok belok hala tuju politik, tetapi kami adalah pembawa kepada politik yang matang dan berimbang.

“Perjuangan yang bermaruah adalah tonggak pengisian yang menguatkan parti dari segenap pelusuk yang akhirnya telah membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya ketika dihubungi Wacana.my.

Mengulas lanjut, Razali menegaskan, agenda kesejahteraan rakyat, pemulihan kesihatan awam serta pemerkasaan ekonomi akan menjadi fokus perjuangan BERSATU pada masa akan datang.

Beliau percaya, kepimpinan BERSATU yang diketuai Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai arkitek Program Pemulihan Negara (PPN) akan mengubah landskap kehidupan rakyat dan ekonomi negara ke arah yang lebih positif.

Beliau juga berharap, rakyat dapat menilai dengan baik segala usaha yang telah dilakukan BERSATU untuk memperjuang dan membantu rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

“BERSATU tidak pernah kenal erti penat bersama membantu rakyat.

“Dalam hal ini, rakyat tidak mungkin lupa bantuan PENJANA, PRIHATIN, PEMERKASA dan PERMAI yang telah membantu rakyat sepanjang pandemik COVID-19.

“BERSATU tidak bimbang kerana rakyat sudah menetapkan siapa yang hendak diundi dan mereka mengetahui parti mana yang telah membantu ketika mereka susah,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  −  69  =