Kenyataan Muhyiddin amat telus dan berharga – Dr Adham

 Kenyataan Muhyiddin amat telus dan berharga – Dr Adham

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba

Oleh Mohd Kamal Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan yang sangat telus dan berharga, apabila menegaskan kita sebenarnya mempunyai tugas yang besar daripada segala-galanya iaitu memastikan pengurusan negara dalam menangani wabak COVID-19, pemulihan ekonomi dan mewujudkan kestabilan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba berkata: “Untuk itu kekal, kita dalam Kabinet dan juga kerajaan (turut perlu) untuk membantu negara. Dan ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan menteri-menteri daripada UMNO sebenarnya bertekad untuk bersama-sama dengan kerajaan sekarang ini, memastikan semua yang telah kita gariskan untuk dilaksanakan.”

Bercakap kepada media di ibu negara hari ini, beliau berkata keputusan UMNO untuk tidak bersama Perikatan Nasional hanya untuk berhadapan dengan PRU15 saja.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020, Ahad lalu, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar seorang Menteri daripada parti itu meletakkan jawatan dalam Kabinet dengan serta-merta selepas parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Dr Adham berkata: “Sebelum itu, kita masih lagi untuk bersama-sama memastikan tanggungjawab yang diberikan, terutama kepada menteri UMNO seperti Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang menguruskan kebanyakan isu keselamatan. Saya sebagai Menteri Kesihatan yang menguruskan kes-kes menangani hal ehwal pandemik COVID-19 dan juga pengurusan kesihatan.

“YB Khairy Jamaluddin pula dalam program vaksinasi, dan menteri-menteri lain yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan contohnya tadi  soal perpaduan,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Perpaduan Negara bersama Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan Program Gaya Hidup Komuniti Perpaduan – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2021-2025.

Justeru, Dr Adham mahu kita sama-sama melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat dan juga titah DYMM Yang DiPertuan Agong supaya kita memperkasakan komuniti. Itu sangat penting dan perlu diberi keutamaan.

“Jadi kita akan melihat ke hadapan untuk melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  7  =  3