Kenyataan media MCW terhadap perhimpunan isu Azam Baki

 Kenyataan media MCW terhadap perhimpunan isu Azam Baki

  1. MCW berpendapat bahawa perhimpunan hampir 100 orang penyokong parti pembangkang di Bangsar hari ini sebagai tindakan yang ‘terdesak’ kerana mahukan orang awam menyebelahi mereka sehingga terpaksa menggunakan cara yang tidak beretika. Ramai peniaga dan pekerja mengalami kerugian jutaan ringgit akibat tindakan mereka ini.
  2. Kaedah demontrasi jalanan ini memang amat disukai dan diidamkan oleh parti pembangkang untuk meraih populariti murahan terutamanya dalam tempoh menjelang PRU-15 dan Pilihan Raya Negeri Johor yang semakin dekat.
  3. Pendekatan demontrasi ‘take it to the streets’ sememangnya perlu ditolak sekeras-kerasnya walau apapun status atau keputusan mengenai kes yang sedang dihadapi oleh pemimpin utama pembangkang dewasa ini.
  4. Parti politik yang bersikap ‘double standard’ sedang diperhatikan dengan teliti. Saksi utama kes rasuah YB LGE ‘mati mengejut terjun bangunan’, kenapa tidak ada tekanan ke atas beliau? Kenapa Tan Sri Azam Baki yang menjalankan tugas menyiasat kes ini dimangsakan?
  5. Negara kita masih mempunyai pelbagai saluran dan sistem perundangan yang boleh diaplikasikan untuk menangani sebarang perkara yang dirasakan kurang sempurna atau tidak adil. Kita tidak mahu lihat segelintir rakyat digunakan dan menjadi seperti tikus memperbaiki labu dalam hal ini.
  6. Isu yang berkait dengan penjawat awam mempunyai kaedah dan saluran yang sedia ada dalam garis panduan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak sekian lama. Proses ini telah dilaksanakan; dan akan dilaksanakan mengikut aturan serta keutamaan.
  7. Perhimpunan jalanan bukan satu cara penyelesaian bagi kes Tan Sri Azam Baki. Sekiranya parti politik tertentu berhasrat meraih sokongan murahan menerusi isu ini, kami amat bersimpati dengan pendekatan mereka. Jelas dan nyata bahawa tindakan tersebut tidak releven kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM (sekarang) bukanlah orang politik dan bukan juga lantikan politik.
  8. Tindakan ‘tunjuk perasaan’ pada ketika negara masih lagi sedang berhadapan dengan COVID-19 adalah amat tidak wajar dan mesti dikecam. Rakyat yang berkecuali semakin muak dengan tindakan yang tidak berfaedah ini kerana memerlukan fokus yang tinggi terhadap perkara yang memberi impak positif kepada pembangunan negara. Kita tidak mahu ketinggalan jauh dari perkembangan negara-negara jiran yang lain. Usaha gigih kerajaan hari ini wajar diberikan dokongan oleh setiap lapisan masyarakat supaya generasi akan datang dapat hidup dalam sebuah keluarga Malaysia yang aman dan damai.

Jais Abdul Karim
Presiden MCW
23 Januari 2022

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +  3  =