Kenderaan rasmi baharu Sultan Johor bernilai RM584,154

 Kenderaan rasmi baharu Sultan Johor bernilai RM584,154

SIAPA yang tidak kenal dengan Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga merupakan antara ‘collector’ kereta terkenal di Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kenderaan mewah yang hebat-hebat. Tidak kira klasik mahupun moden, semuanya dijaga dengan rapi dalam garaj miliknya.

Terbaharu, tular di media sosial mengenai kehadiran sebuah kereta sedan jenama Genesis yang ‘rare’ dan jarang ditemui di atas jalan raya Malaysia iaitu Genesis G90 Limousine. Apa yang menjadi perbualan netizen ialah kenderaan tersebut dijadikan sebagai kenderaan rasmi baharu ketika baginda menghadiri Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri pada 12 Ogos 2021.

Genesis G90L adalah sebuah kereta limosin mewah yang dihasilkan oleh pembuat kereta mewah dari Korea, Genesis. Model kereta limosin mewah ini baru sahaja diperkenalkan di Korea pada awal bulan Julai lalu dengan memiliki dimensi yang agak panjang, iaitu 5,945 mm.

Malah menurut maklumat dari sebuah portal permotoran, Careta.my harga bagi sebuah sedan G90 Limousine ini bermula dari $138,000 (RM584,154) tidak termasuk opsyen penyesuaian spesifikasi.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *