• Monday, 21 June 2021, 4:00 am

Kenderaan perayau Marikh pertama China berjaya mendarat di planet merah

 Kenderaan perayau Marikh pertama China berjaya mendarat di planet merah

Perayau Marikh milik China,Ā  Zhurong

BEIJING, 23 Mei — Kenderaan perayau Marikh pertama China, Zhurong turunĀ  berjaya mendarat di permukaan Marikh pada Sabtu, meninggalkan “jejak” pertama China di planet merah itu.

Kejayaan perjalanan Zhurong itu menjadikan China negara kedua di dunia yang berjaya mendarat di permukaan Marikh dan mengoperasikan kenderaan di planet itu.

Kenderaan perayau bertenaga suria itu mempunyai enam roda, berbentuk umpama kupu-kupu, seberat 240 kilogram. Ia mampu bergerak perlahan dari platform pendaratan ke permukaan planet sebelum memulakan misinya meneroka planet keempat dari matahari itu.

Direka dengan jangka hayat sekurang-kurangnya 90 hari Marikh (kira-kira tiga bulan di bumi), Zhurong akan merakamkan landskap Marikh dengan gambar 3D resolusi tinggi, menganalisis komposisi permukaan planet itu, mengesan struktur di bawah permukaannya serta magnetik. Ia juga akan mencari ais dan air serta mencerap persekitaran meteorologi di sekelilingnya.

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *