Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Kenderaan 4×4 hangus di lebuh raya

Oleh Suraya Ali
KUALA LUMPUR – Bomba dapat memadamkan kebakaran melibatkan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Besraya menghala ke Salak Jaya di sini.
Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 pagi.
Pasukan operasi jentera dari BBP Tun Razak bersama sebuah jentera FRT, dengan kekuatan enam anggota.
Menurut Komander Operasi Kanan PBK II Zafri Ramli, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda.
“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80%. Kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.17 pagi.