Kempen MYBAIKHATI kurangkan jurang digital

 Kempen MYBAIKHATI kurangkan jurang digital

Datuk Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA, 18 Mac — Kempen MYBAIKHATI merupakan antara fokus Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi memperkukuh daya saing negara untuk mengurangkan jurang digital, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kempen yang menggunakan konsep penyumberan khalayak (crowd sourcing) itu akan melibatkan pengumpulan sumbangan alat peranti terpakai daripada syarikat perniagaan dan individu melalui cawangan terpilih enam syarikat telekomunikasi.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications SdnĀ Bhd, Maxis Bhd, U Mobile SdnĀ Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan TIME dotCom Bhd.

Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kempen kutipan, baik pulih dan edaran alat peranti terpakai itu akan berlangsung selama 12 bulanĀ bermula di Lembah Klang sebagai lokasi tumpuan utama sebelum diperluasĀ ke seluruh negara.

ā€œSumbangan alat peranti terpakai daripada rakyat Malaysia dan syarikat yang prihatin akan dikumpulĀ dan dibaik pulih dengan kos sehingga RM500 setiap unit oleh pihak syarikat telekomunikasi,ā€ katanya.

Beliau berkata alat peranti yang berjaya dibaik pulihĀ akan disalur kepada penerima B40 yang layak berdasarkan senarai disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri manakala alat peranti yang tidak dapat berfungsi akan dilupusĀ dan dikitar semula secaraĀ selamat melalui program e-Sisa.

ā€œKempen MYBAIKHATI direncanakan atas kesedaran bahawa setiap keluarga memerlukan alat peranti pintar agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup untuk belajar, bekerja dan berurusan setiap hari dalam suasana norma baharu,ā€ katanya.

Saifuddin berkata konsep penyumberan khalayak alat peranti terpakai ituĀ membawa rakyat serta sektor korporat untuk bersama-sama membantu warga senegara yang kurang berkemampuan ketika mendepani situasi sukar.

ā€œOleh itu, saya bagi pihak kerajaan menyokong penuh usaha ini dan menyeru orang ramai serta syarikat perniagaan untuk menjayakannya dengan mendermakan alat peranti terpakai yang boleh dibaik pulih dan digunakan semula,ā€ katanya.

Beliau turut menyambut baik usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama pemain utama industri telekomunikasi untuk menggerakkan kempen MYBAIKHATI.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  +    =  66