Kempen Kibar Bendera Wilayah dilancar serentak

 Kempen Kibar Bendera Wilayah dilancar serentak

KUALA LUMPUR, 3 Feb 2022: Majlis pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan yang dilancarkan serentak di pusat membeli belah terkemuka iaitu Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur dan Mid Valley Megamall.

Penyertaan warga Wilayah Persekutuan dan semua pihak dalam menjayakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan ini jelas menonjolkan masyarakat yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera.

Lantaran itu, Wacana.my sempat menemubual beberapa warga ibu kota dan mereka berpendapat bahawa sambutan Hari Wilayah merupakan hari peringatan kembali peristiwa bersejarah yang telah mengisytiharkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama sekitar tahun 1972.

Seorang pekerja am dikenali sebagai Noraini, ini merupakan kali pertama dia menyambut Hari Wilayah yang diraikan bersama Tahun Baharu Cina, kemeriahan kedua-dua perayaan di Pavillion ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Seri Dr Shahidan Kassim.

Noraini

“Tahun ini berbeza sedikit daripada sebelumnya kerana tiga perayaan disambut serentak iaitu Jubli Emas, Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah, jadi saya amat bersyukur kerana masih aman, makmur walaupun kita masih dalam pandemik.

“Walaupun seronok bercuti dan berkumpul keluarga serta saudara mara, jangan lupa patuhi Standard Operation Procedure (SOP),” ujarnya.

Menurut pekerja kebudayaan, Azril , dia merasakan Shahidan telah memberikan variasi yang baharu buat ibu kota malah banyak perubahan yang telah dilakukannya.

Azril

“Tahun ini amat bermakna buat kami anak jati Kuala Lumpur kerana dapat menyambut 50 tahun Jubli Emas, Hari Wilayah yang sangat penting untuk kita mengingati sejarah bagaimana lima dekad ibu kota ini mengalami transformasi dan pembangunan dengan rancaknya.

“Saya juga merasakan di bawah kepimpinan Shahidan banyak perubahan dan pembangunan telah dilakukan malah Kuala Lumpur dan Putrajaya kini bandar yang pesat membangun, terima kasih banyak kepada Dato Seri atas jasa yang dilakukannya.

Seorang pesara yang berbangsa Cina, Ah Leong dan merupakan anak jati Kuala Lumpur, merasakan sambutan Hari Wilayah ini dapat mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum dan bangsa.

Ah Leong

“Bagi saya, sambutan Hari Wilayah ini sangat bermakna buat kita semua, tambahan pula, ia merupakan hari penting buat ibu kota, saya yang merupakan anak jati Kuala Lumpur ini telah menyaksikan transformasi banyak infrastruktur yang berlaku dari tahun ke tahun.

“Dengan sambutan ini, ia juga merupakan satu penghargaan buat seluruh warga Wilayah kerana diraikan dalam berbilang kaum,” katanya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

65  −    =  64