Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN, PTPTN tawar hadiah hampir RM20,000

 Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN, PTPTN tawar hadiah hampir RM20,000

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah duit raya hampir RM200,000 untuk 500 pemenang menerusi Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN 2021 yang dilancar hari ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata hadiah utama yang ditawarkan ialah duit raya berjumlah RM8,000 bagi Cabutan Peringkat Nasional manakala duit raya bernilai RM5,000 adalah hadiah utama bagi Cabutan Peringkat Negeri.

“Dengan simpanan bersih serendah RM100 dalam tempoh promosi, anda layak mendapat satu cabutan Peringkat Negeri manakala bagi simpanan bersih serendah RM300 dalam tempoh promosi, anda akan layak menyertai Cabutan Peringkat Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen selama sebulan bermula 1 Mei sehingga 31 Mei ini dianjur bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan norma baharu serta mencerminkan keprihatinan PTPTN kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengutamakan simpanan semasa musim perayaan.

PTPTN memaklumkan dalam keadaan norma baharu, pembukaan dan penambahan simpanan SSPN boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian di www.lovesspn.com.

PTPTN berharap kempen itu dapat menyuntik motivasi kepada masyarakat untuk terus membuat penabungan sekali gus dapat memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua kaum di Malaysia.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

76  −  74  =