Kemeriahan Pusat Mengundi Dun Bukit Katil

 Kemeriahan Pusat Mengundi Dun Bukit Katil

ALOR GAJAH: Kemeriah terasa apabila kehadiran ramai bilangan penduduk yang hadir di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal bagi membuat membuang undi pada hari ini pada sekitar jam 7.30 pagi hari ini.

Melihat tinjauan Wacana.my di lokasi Pusat Mengundi berkenaan, rata-rata telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mengimbas kod My Sejahtera sebelum dibenarkan masuk ke kawasan Pusat Mengundi.

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka (PH) yang merupakan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari telah tiba di pusat mengundi berkenaan pada sekitar jam 8 pagi dengan menaiki kenderaan jenis model Toyota Vellfire”.

Adly ditemani isteri, Dalilah Awaluddin dan anak sulongnya Izny Adly yang berusia 24 tahun bagi membuang undi.

Difahamkan, Adly yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka itu telah membuang undi di Saluran 4, manakala isteri dan anaknya pula di Saluran 7.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19  −  12  =