Kemenangan Barisan Nasional di PRN Melaka berdasarkan undi percaya 18 – Che’ Gubard

 Kemenangan Barisan Nasional di PRN Melaka berdasarkan undi percaya 18 – Che’ Gubard

Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Perikatan Nasional Che’GuBard

PETALING JAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka baru saja tamat, namun kehangatannya masih lagi terasa apabila masih lagi diperkatakan di media sosial kini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Manakala, Pakatan Harapan menang 5 dan Perikatan Nasional hanya 2.

PRN Melaka

Melihat daripada keputusan yang diterima sewaktu PRN di Melaka, mungkin ada yang bertanya kemana hala tuju Perikatan Nasional untuk selepas ini.

Che’GuBard

Menurut Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Perikatan Nasional Che’GuBard, dia berkata, bahawa keputusan sewaktu Pilihan Raya Negeri Melaka, parti Umno dan Barisan Nasional berjaya mengeluarkan pengundi putih di saluran satu dan dua manakala selebihnya saluran tiga.

Tambahnya lagi, ia berkait rapat dengan undi percaya 18 yang memainkan peranan penting apabila mampu membuat impak yang besar kepada jumlah pengundian kerana secara “automatiknya akan menjadi pengundi berdaftar buat parti.

“Kemasukkan pengundi 18 akan menjadi pengundi majoriti di kawasan tersebut, lebih daripada lima puluh peratus nilai pengundi akan masuk sebagai pengundi baharu 18 tahun, dan kawasan tersebut akan menjadi majoriti Melayu yang besar

“Tiada orang yang akan boleh membaca mood dan “sentiment” pengundi 18 ini,” kata Che’Gubard.

Difahamkan, ini merupakan cabaran terbesar buat Perikatan Nasional untuk membina naratif yang kuat serta membentangkan kepada rakyat.

Cabaran pertembungan pada kali ini, bukan lagi berpandukan kepada aliran media massa atau televisyen semata-mata, kerana selain daripada itu, ada beberapa faktor lain yang menjadi dorongan kekuatan buat parti yang bertanding berdasarkan undi percaya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

96  −  88  =