• Friday, 18 June 2021, 1:32 am

Kemalangan tren: PM janji siasatan menyeluruh, elak insiden berulang

 Kemalangan tren: PM janji siasatan menyeluruh, elak insiden berulang

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat mangsa kemalangan LRT di Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi. –Kredit foto Facebook Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 27 Mei –  Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjanji memastikan siasatan menyeluruh dilakukan susulan kejadian tren bertembung, Isnin lalu.

Perdana Menteri juga mahu langkah-langkah penambahbaikan dapat dibuat bagi menjamin insiden seperti ini tidak berulang.

“Keutamaan kita adalah untuk memastikan kesihatan dan kebajikan mangsa-mangsa terjamin dan terbela, dan siasatan penuh dijalankan secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial sebentar tadi.

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat mangsa kemalangan LRT di Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi. –Kredit foto Facebook Muhyiddin Yassin

Muhyiddin hari ini melawat mangsa-mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Alhamdulillah, mereka yang tercedera sudah dirawat dan mangsa yang kritikal diletak di bawah perhatian rapi doktor,” katanya.

Beliau turut mendoakan semua mangsa yang sedang dirawat diberi kesembuhan dan dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *