• Friday, 18 June 2021, 2:27 am

Kemalangan LRT: Tren dibawa keluar lebih awal

 Kemalangan LRT: Tren dibawa keluar lebih awal

KUALA LUMPUR — Pasukan Recovery Rapid Rail berjaya membawa keluar dua buah tren LRT yang bertembung lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan.

Dalam sebuah kenyataan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kejayaan itu setelah pasukan tersebut bekerja tanpa henti selama tiga shif berturut-turut.

“TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi,” katanya.

Tambah Wee, Prasarana kini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan landasan dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

Berikutan kerja-kerja pembaikan itu, pasukan baikpulih akan menutup bekalan kuasa elektrik untuk sepanjang aliran yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai.

” Ia akan melibatkan lima buah stesen LRT termasuk stesen Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru & Dang Wangi,” katanya.

Tambah Wee, sebaik saja kerja pembaikan berkenaan selesai, pemeriksaan akan dibuat oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut.

” Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan “power down” dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian, terdapat “bottleneck” kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (7 buah stesen LRT) dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui “stretch” berkenaan adalah 16 minit,”  katanya

Prasarana akan menggunakan kaedah “platoon” bagi 2 tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan “bottleneck”.

Selain itu, 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana yang  diumumkan semalam.

Wee turut memberi jaminan Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *