Keluarga Malaysia: Parti politik dalam blok kerajaan perlu harmoni dahulu

 Keluarga Malaysia: Parti politik dalam blok kerajaan perlu harmoni dahulu

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Md Shukri Shuib

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memastikan keharmonian parti politik yang membentuk blok kerajaan diperkuatkan untuk mendapat manfaat Keluarga Malaysia yang lebih meluas.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Md Shukri Shuib berkata, fokus utama Ismail Sabri pada masa kini adalah untuk memastikan setiap gabungan parti politik yang membentuk kerajaan supaya matlamat Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan.

“Perkara paling asas yang perlu dilakukan Ismail Sabri untuk merialisasikan konsep Keluaraga Malaysia adalah mengharmonikan keluarga politik dalam blok kerajaan.

“Jika perkara asas ini tidak dapat dilakukan, maka konsep keluarga Malaysia itu akan gagal kerana pendamaian dalam keluarga teras itu sendiri tidak dapat dilaksanakan,” katanya dalam program Pentas Wacana yang disiarkan secara dalam talian di saluran YouTube dan Facebook Wacana.my pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, jemaah Kabinet yang telah dilantik Perdana Menteri perlu menjadi ‘frontliner’ dalam kerajaan untuk membantu Perdana Menteri mentadbir negara berlandaskan konsep keluarga Malaysia.

“Ahli Kabinet yang dilantik perlu menjadi ‘frontliner’ kepada Perdana Menteri untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang ini.

“Jadi mereka perlu membantu Perdana Menteri untuk mewujudkan keharmonian dalam blok kerajaan untuk mewujudkan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya ahli Kabinet in sendiri tidak dapat mewujudkan pendamaian sesama mereka, segala aspirasi yang dibawa Perdana Menteri akan menjadi sia-sia kerana rakyat boleh menilai dan mempunyai kuasa untuk menentukan kewujudan sesebuah kerajaan itu.

“Mereka perlu ingat, rakyat ada kuasa untuk menentukan sesebuah kerajaan yang akan mentadbir negara.

“Jadi, amanah yang diberikan oleh rakyat perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  80  =  89