Kelibat wanita misteri di KL Sentral?

 Kelibat wanita misteri di KL Sentral?

PETALING JAYA: Tular baru ini di media sosial, apabila terdapat seorang wanita misteri yang berkelakuan aneh di kawasan stesen kereta api di ibu kota.

Difahamkan, insiden ini berlaku di KL Sentral dan memperlihatkan kelibat seorang wanita yang dalam keadaan menundukkan kepalanya sewaktu ingin menaiki tangga disitu.

Perkongsian video ini telah dibuat oleh seorang individu bernama Ellea Nor di aplikasi Tik Tok dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta tontonan untuk video berkenaan.

@elleanor83 #fyp #rapid #mrtpasarseni ♬ bunyi asal – elleanor83

Apa yang menghairankan, wanita berkenaan dilihat begitu menyeramkan pada ketika itu, kerana tidak memandang serta menghiraukan orang disekelilingnya.

Lantaran itu, ia telah mengundang pelbagai spekulasi oleh pengguna media malah ada yang mendakwa ia hanyalah sekadar “content” untuk tontonan umum.

Dia tengah buat “content”, jangan kacau

“Rajin orang nak buat “content” macam ni,” komen pengguna media sosial.

Apa yang menguatkan lagi dakwaan tersebut, telah terlihat wayar merah yang seakan-akan “cable microphone” berdekatan wanita berkenaan.

Melihat video tersebut, pihak pengurusan My Rapid Kuala Lumpur tampil menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian. Menurut pihak berkenaan, wanita terbabit sedang melakukan experimen dengan melakonkan watak seram untuk sebuah acara yang bertempat di Pasar Seni.

Bertenang semua, kami dah pastikan, memang ini kiranya “content”, ada acara dekat Pasar Seni baru ini, daripada orang teater,” balas Rapid KL.  

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  −  71  =