Keladi harga kayangan terus jadi tarikan peminat

 Keladi harga kayangan terus jadi tarikan peminat

Pengumpul keladi, Fazlina Awang menunjukan antara spesies pokok keladi yang dimiliki.

JERANTUT, 30 November 3021 – Harga yang begitu mahal hingga dilabel sebagai ‘harga kayangan’ bukan penghalang kepada peminat keladi memiliki tumbuhan lembut itu. Ini diakui beberapa peminat tegar pokok keladi yang sanggup berbelanja besar semata-mata hanya untuk memiliki pokok keladi spesies yang dianggap istimewa.


Bagi Fazlina Awang, 46 dia kini memiliki lebih 400 spesies keladi tempatan dan import pelbagai saiz, warna dan bentuk. Menurutnya, dia mula terbabit secara serius dengan hobi mengumpul pokok keladi sebagai hiasan sejak setahun lalu selepas melihat pokok berkenaan dalam media sosial.


Katanya, bermula dengan suka-suka kini menjadi semakin serius apabila hampir setiap bulan membeli lebih 10 pokok pelbagai spesies dengan perbelanjaan kira-kira RM3,000.

Sebahagian pokok keladi yang dimiliki Fazlina Awang di Kampung Ulu Cheka.


“Saya membeli benih keladi dengan harga antara RM60 hingga RM180 sepokok dan pembekalan pokok berkenaan dari seluruh negara termasuk Indonesia.Pembelian secara dalam talian.


“Saya memiliki beberapa spesies yang dianggap mahal dan sukar untuk didapati antaranya Albino, Komando, Karipap dan Ikan Pari.Harganya mencapai RM4,500 sepokok bagi induk bersaiz serdahana.

Pokok keladi spesies albino.


“Kebanyakan pokok keladi yang harga kayangan tidak memiliki warna menarik, sebagai contoh topeng firaun keluarga Colocasia hanya berwarna hitam dan hijau,” katanya, di sini semalam.


Beliau yang menetap di Ulu Cheka, dekat sini berkata, pokok keladi spesies Albino dari keluarga Alocasia kini mendapat permintaan yang tinggi, keratan ubi dijual antara RM25 hingga RM500.


Fazlina berkata, induk spesies komando, karipap dan ikan pari kini dijual antara RM500 hingga RM1,500 bergantung pada saiz, jumlah daun, warna dan tahap kesuburanya.


Katanya, selain sebagai memenuhi hobi anak pokok keladi juga dijual mengikut harga pasaran semasa, walaupun mahal namun peminat pokok berkenaan tetap ramai.


“Saya kini juga memilik spesies Alocasia, Caladium, Colocasia, Monstera, Kemoyang, Syngonium dan Philodendron yang dijadikan induk untuk menghasilkan benih atau anak keladi.

Pokok keladi spesies komando


“Apabila anak pokok keladi banyak saya akan jual secara dalam talian namun ada juga yang terus ke rumah untuk melihat sendiri sebelum membelinya.


“Terdapat individu yang hanya ingin memiliki pokok keladi yang daun berwarna dan terdapat juga yang lebih kepada bentuk dan kesukaran mendapatkanya termasuk spesies import,” katanya.


Fazlina berkata, pokok keladi keluaran Thailand kini dijual dengan harga yang begitu tinggi, difahamkan hingga mencapai RM2.5 juta sepokok.Teknologi pertanian negara berkenaan begitu maju terutama membabitkan kultur tisu.


“Saya ingin menasihatkan kepada peminat pokok keladi supaya lebih berhati-hati supaya tidak mudah tertipu dengan sindiket penipuan dalam talian atau scame yang dikatakan menjual keladi dengan harga murah sedangkan suatu penipuan.

Pokok keladi spesies karipap


“Terdapat juga kes penjual menjual ubi atau anak pokok yang tidak sama dengan yang ditawarkan,” katanya ibu kepada lima cahayamata itu.


Seorang pengumpul pokok keladi yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 56 berkata, dia terpaksa mengeluarkan belanja yang besar bagi mendapatkan benih pelbagai spesies pokok keladi tempatan.


“Saya bersama dua anak terbabit dengan aktiviti membeli dan menjual pokok keladi sejak lebih setahun lalu, modal memang besar tetapi pulangan juga memuaskan.


“Tidak dinafikan harga pokok keladi kini mahal…memang benar ia dilaber sebagai pokok harga kayangan dan hanya individu tertentu sahaja mampu memiliknya,” katanya.


Katanya, disebabkan harga yang mahal pokok keladi kini menjadi perhatian pencuri, banyak kes pemilik pokok berkenaan mengalami kerugian besar apabila pokok mereka dilarikan.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1  +  3  =