Kelab Classics Challengers lancar buku

 Kelab Classics Challengers lancar buku

Nazli Anim Mohd Ghazali berucap di majlis pelancaran “Classics Challengers – From Reading to Writing

KUALA LUMPUR, 3 April — Pelbagai artikel yang ditulis 20 ahli ‘The Classics Challengers Club’ ketika fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) tahun lepas selepas COVID-19 melanda negara, telah dihimpunkan menjadi sebuah buku berjudul ‘Classics Challengers – From Reading to Writing’.

Pengasas The Classics Challengers Club Nazli Anim Mohd Ghazali berkata, himpunan itu terdiri daripada pelbagai genre menarik seperti puisi, cerita pendek, kesusasteraan, penulisan kreatif dan juga ulasan filem dan juga buku.

Tan Sri Dr Arshad Ayub

“Tahun lepas perbincangan kami tergendala akibat pandemik. Disebabkan kami tidak dapat bertemu dan mengadakan sesi untuk melatih minda dan percakapan kami, kami memutuskan untuk menghimpunkan kerja-kerja yang dihasilkan oleh rakan-rakan ahli yang berbakat,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran buku tersebut di Bukit Damansara di sini hari ini.

Buku 200 halaman itu dilancarkan oleh ikon akademik Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Nazli berkata, mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh membelinya di kedai buku terpilih seperti Silverfish, Booklicious, Book and Bobs, Liberal Latte dan juga The Classic Challengers dengan harga RM40 senaskah.

The Classics Challengers adalah sebuah kelab buku yang terdiri daripada tidak kurang 300 ahli dan telah diasaskan pada 2017. Sebelum pandemik, ahli-ahlinya akan bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membincangkan buku yang telah mereka baca dalam genre yang pelbagai termasuk klasik, buku terkenal dunia dan tulisan pemegang anugerah Nobel dan Pulitzer.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2