• Sunday, 20 June 2021, 11:28 am

Kekurangan cip global, automotif dunia rugi 90 bilion Euro

 Kekurangan cip global, automotif dunia rugi 90 bilion Euro

Pemasangan kereta Proton X70 di Kilang Proton Tanjung Malim

DUNIA kini berada dalam masalah kekurangan cip global, dengan permintaan untuk bahan semikonduktor ini melonjak melebihi kemampuan untuk bekalan. Kekurangan cip ini melumpuhkan pelbagai industri, dengan industri automotif paling teruk terjejas.

Bekalan yang tidak mencukupi ini telah menjejaskan produksi automatik dan menyebabkan masalah rantaian bekalan untuk beberapa industri lain, termasuk telefon bimbit dan produk elektronik pengguna.

Cip mikro ini digunakan oleh pelbagai industri untuk mengoperasikan kebanyakan alatan teknologi untuk kegunaan di kilang pembuatan mahupun kegunaan komersial.

Memetik dari laporan Consultancy.eu, syarikat-syarikat yang menutup kilang pengeluaran pada awal pandemik ini telah menyebabkan mereka terpaksa berdepan dengan permintaan bahan semikonduktor yang makin meningkat melebihi kemampuan bekalan.

Pada awal tahun 2021, krisis tersebut diramal akan menyebabkan kerugian sekitar 60 bilion Euro di sektor automotif – tetapi angka itu meningkat sepertiga dalam hanya beberapa bulan.

Menurut kajian dari oleh AlixPartners, sektor automotif berdepan kerugian lebih 90 bilion Euro akibat kekurangan bekalan cip ini selain kehilangan jumlah pengeluaran yang jauh lebih banyak dalam tempoh sama.

Pada bulan Januari, AlixPartners meramalkan bahawa pengeluar akan menghasilkan kira-kira 2.2 juta kereta lebih sedikit daripada apa yang dirancang – tetapi pada masa ini, kerugian pada tahun 2021 telah meningkat kepada kira-kira hampir 4 juta kenderaan.

Penurunan drastik ini telah menyebabkan memaksa beberapa syarikat besar automotif Amerika Syarikat, termasuk Ford, General Motors, Volkswagen, Toyota and Daimler untuk menutup kilang mereka.

Pengarah Urusan AlixPartners, Stepeh Dyer berkata, kekurangan cip adalah masalah yang kritikal bagi semua industri, terutamanya sektor automotif global.

“Ada hingga 1,400 cip dalam sebuah kereta biasa hari ini dan jumlah berkenaan hanya akan meningkat apabila industri automotif perbanyakkan kenderaan hibrid dan dalam jangka panjang, kereta tanpa pemandu,” katanya.

Bagaimana ianya bermula?

Masalah kekurangan bekalan ini dilihat bermula pada awal pandemik COVID-19 pada tahun lepas. Penutupan kilang yang dibuat bagi memerangi wabak ini menyebabkan gangguan dalam rantaian bekalan dan pembekal cip sistem logistik yang bergantung untuk mengekalkan pengeluaran.

Pada masa yang sama, ketika orang mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah, permintaan untuk barangan elektrik kian melonjak.

Dengan lonjakan permintaan produk seperti konsol permainan, TV pintar dan komputer riba, di mana masing-masing mengandungi kuantiti cip yang banyak, pada masa ini memang tidak cukup untuk pembuatannya.

Namun, menurut kenyataan Stephen, walaupun pandemik ini lagi memburukkan keadaan krisis ini, tetapi ianya telah bermula sejak sebelum itu lagi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AS telah mengetatkan beberapa sekatan ke atas negara pesaingnya, China. Menurut pemerintah AS ketika itu, pengeluaran cip di China mempunyai perisian ketenteraan negara itu sekali gus menjejaskan keselamatan negara.

Langkah tersebut telah menimbulkan masalah bekalan yang luas kerana banyak syarikat bergantung pada China yang menghasilkannya dengan harga berpatutan.

Dengan atau tanpa pandemik dalam hal ini, peningkatan perang perdagangan antara AS dan China kemungkinan juga akan menyebabkan kekurangan cip global pada masa hadapan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *