Kekeliruan pengurusan SOP Covid-19?

 Kekeliruan pengurusan SOP Covid-19?

Pendekatan menangani pandemik Covid-19 pada peringkat awal iaitu pada tahun 2020, amat malang.

Ketika itu, rakyat yang menulis mengenai kebimbangan mereka ketika pintu sempadan negara tidak ditutup, tidak dipedulikan kerajaan malah rakyat pula yang didakwa, ditangkap dan dipenjara kerana mengeluarkan kenyataan di Facebook (FB).

Pada masa itu juga topeng muka amat berkurangan, ‘sold out’ di farmasi di samping rakyat kurang faham menggunakannya.

Kompaun pula di keluarkan di stesen minyak, stesen komuter, taman rekreasi dan sebagainya.

Syarikat di China disaman kerana menjual hampir setengah juta topeng muka N95 palsu dan tidak berkualiti, foto oleh Mladen ANTONOV / AFP

Pendekatan kerajaan ketika itu seolah-olah menjadikan cara menangani ini sebagai perbuataan jenayah.
Rakyat sepatutnya membiasakan diri dengan memakai topeng muka, iaitu sewajarnya elemen mendidik diterapkan bukan terus menghukum.

Pada ketika itu kerajaan masih berpegang, topeng muka adalah penyelesaian ulung kepada pencegahan Covid-19.
Tetapi apakah yang berlaku kepada kebimbangan rakyat ketika itu tentang kewujudan topeng muka tiruan yang dijual di dalam talian?

Hanya sekali sahaja berita rampasan topeng muka tiruan dan selepas itu senyap. Maknanya sekarang penjenayah sebenar yang mengambil kesempatan menjual topeng muka tiruan dan tidak memenuhi spesifikasi membuat keuntungan berganda kerana orang ramai terpaksa membeli semata-mata tak mahu dikompaun.


Semasa PKP dilaksanakan, ada isteri terpisah selama lima bulan dengan suaminya, anak terpisah dengan ibu bapa, rakyat mengibarkan bendera putih tanda kebuluran, segalanya berpunca dari duit.

Sumber Kosmo


Permohonan bantuan kewangan pula perlu menggunakan internet, warga emas atau orang susah yang tiada internet tercicir daripada memohon bantuan.

Peraturan had penumpang dalam kereta menimbulkan kesusahan kepada rakyat, contohnya seorang ibu tunggal ada dua anak kecil di rumah, bagaimana caranya untuk ke kedai beli keperluan? Tak boleh hantar anak kepada jiran.

Peraturan ini mengundang salah laku pihak berkuasa seperti kes tiga wanita warga asing disuruh turun dari kenderaan kerana menaiki kereta lebih dari dua orang.

Dua wanita Mongolia itu kemudiannya dirogol di sebuah hotel dan dua polis berpangkat Inspektor kemudiannya didakwa.

Rakyat dikejutkan dengan berita warga emas mati kebuluran dalam rumah, jiran tidak tahu kerana ketika itu semua perlu ‘berkurung’ dalam rumah.

Berdasarkan perangkaan PDRM, sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada PDRM. Ini berbanding 631 kes bunuh diri dilaporkan pada tahun 2020, dan 609 kes pada tahun 2019.


Peningkatan kes itu sebagaimana diulas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri adalah berpunca daripada perlaksanaan PKP yang menyebabkan ramai kehilangan kerja dan tertekan.

Umumnya, rakyat Malaysia bukan sahaja risau terhadap peningkatan kes harian Covid-19 yang masih kekal empat angka tetapi saban hari turut berhadapan pula dengan laporan kes bunuh diri.

Berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019, hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan yang merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.

Koordinasi makanan ketika PKP, PKPD era itu tidak betul sehingga rakyat menggunakan media sosial dan mengadakan kempen kibarkan bendera putih.


Kempen ini dilaksanakan dengan tema rakyat bantu rakyat kibarkan bendera putih iaitu disebarkan rakyat untuk sesiapa yang terputus bekalan makanan atau kesulitan supaya meletakkan kain putih di luar tingkap atau pintu rumah.
Orang ramai yang melihat kain ini tanpa banyak soal akan menghantarkan beras dan stok makanan lain.

Sumber : Harian Metro

Malangnya kempen ini juga tidak disenangi oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat. Kerajaan Negeri Kedah tidak mengiktiraf penggunaan bendera putih oleh individu di negeri ini sebagai tanda memerlukan bantuan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.


Sebaliknya Menteri besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya hanya menyalurkan bantuan makanan kepada individu yang membuat aduan secara rasmi melalui panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) seluruh daerah di negeri ini.

Netizen mengecam kenyataan pemimpin Pas yang juga kerajaan ketika itu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz nyatakan rakyat tidak wajar mengangkat bendera putih tetapi sebaliknya berdoa sahaja tunggu bantuan tiba.
Kata netizen, maka seharusnya PAS tak perlu berkempen Pilihan Raya hanya perlu berdoa sahaja.

Dari sudut komunikasi pula amat bagus berita kerajaan menangani berita palsu Covid-19. Rakyat diminta merujuk kepada portal rasmi KKM dan aplikasi telegram Majlis Keselamatan Negara.

Pada masa PKP awal, semua maklumat dikemaskini setiap jam tetapi telah berlaku perubahan format apabila kes melonjak.

Selepas tiga bulan kebelakangan ini Telegram MKN telah mula menyebarkan maklumat tak berkaitan dengan Covid-19. Rata-rata netizen mengatakan seolah-olah MKN jadi jurucakap kepada kerajaan.


Sama juga perisian MySejahtera yang banyak kelemahan dan juga peraturan menulis nama dan suhu badan. Ada netizen dan wanita menerima gangguan seksual kerana nama dan nombor telefon mereka tercatit dalam buku.

Selepas netizen mempertikaikan apakah keperluan mencatitkan suhu badan dalam nota dan menjelaskan bahawa kerajaan tiada hak mendapatkan maklumat suhu badan maka baharulah peraturan itu dilonggarkan.

Malangnya tiada pengumuman rasmi kerajaan tidak perlu catit suhu badan, SOP ikut agak-agak sahaja. Dan agak mengejutkan menggesa kerajaan terdahulu mencadangkan perlaksanaan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) yang menyebabkan rakyat boleh dikompaun sehingga RM10,000 jika ingkar berbanding RM1,000 ketika ini.


Mengambil iktibar Jemaah umrah yang tidak vaksin tetapi lolos ke luar negara membuktikan perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan amalan antara dua darjat bakal berlaku dengan meluas jika undang-undang ini dikuatkuasakan kerana hipotesisnya semakin ketat peraturan, semakin orang melakukan apa sahaja untuk “survive”.

Terlalu banyak peraturan Mee Segera membuka lebih banyak salah laku dan salah guna kuasa.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

76  −  75  =