Kekangan berkempen dalam norma baharu – Sulaiman

 Kekangan berkempen dalam norma baharu – Sulaiman

MELAKA : Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyahut cabaran berkempen dalam norma baharu.

Mengakui keberkesanan media sosial sebagai platform untuk mendekati rakyat, Sulaiman turut menyenaraikan kekangan menggunakan arus teknologi itu sebagai medium.

Sumber Foto:BN Lendu

“Tidak dinafikan media sosial memainkan peranan penting dalam berkempen mengikut norma baharu. Namun, tidak dinafikan ada kekangan kerana tidak semua menggunakan arus teknologi terkini.

“Golongan yang berusia 40 tahun ke atas lebih memilih pendekatan untuk bertemu dan bersua muka dengan calon itu sendiri. Malah, bukan semua menggunakan kemudahan teknologi terkini terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman.

“Itu antara kekangan dan cabaran yang harus ditempuhi untuk berkempen kali ini. Saya akui media sosial memainkan peranan penting dalam menyampaikan banyak perkara, namun ia tidak terlalu menyeluruh.

“Apa yang penting adalah kita mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik kali ini,” kata Sulaiman.

Sumber Foto:BN Lendu

Sulaiman ditemui di majlis santai bersama Pemuda DUN Lendu, di sini pada Sabtu malam.

Dun Lendu dijangka berdepan bersaingan tiga penjuru dengan penyandang Sulaiman akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =