Kejayaan Maryam Muzamir mendapat perhatian dunia

 Kejayaan Maryam Muzamir mendapat perhatian dunia

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Sepanjang tempoh dunia dibelenggu wabak COVID-19, ramai rakyat Malaysia telah meluangkan masa untuk belajar perkara baru dan memperdalam ilmu yang ada.

Bagaimanapun, seorang pelajar sekolah rendah telah mengambil langkah lebih jauh dengan mencipta makanan ternakan yang inovatif dan memenangi anugerah antarabangsa.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan, Maryam Muzamir dikatakan mendapat ilham selepas sering mengunjungi restoran makanan laut.

Maryam berkata dia mencari kaedah untuk kitar semula kulit udang atau cengkerang siput yang dilihat bertaburan pada waktu itu.

Dengan hasil ciptaannya, Maryam telah mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Ciptaan, Inovasi Antarabangsa Keenam di Toronto, Kanada bulan lalu.

Inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0 itu bukanlah nama asing kerana telah memenangi beberapa anugerah tempatan sebelum ini seperti pingat emas bagi kategori Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX).

Kejayaan Maryam bukan sahaja menjadi buah mulut rakyat Malaysia malah turut mendapat perhatian hos rancangan televisyen popular, James Corden.

Dalam satu ciapan di Twitter, Corden memuji memuji pelajar berusia 11 tahun itu kerana mencipta makanan ternakan dari cengkerang makanan laut.

Diharap kejayaan Maryam menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk teruskan mencipta dan menginovasikan teknologi untuk kegunaan semua.

Seluruh warga Wacana.my mengucapkan tahniah kepada adik Maryam atas kejayaannya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *