Kedai alat ganti kereta hangus dijilat api marak

 Kedai alat ganti kereta hangus dijilat api marak

PETALING JAYA: Tular apabila satu video kebakaran telah tersebar di media sosial yang mengakibatkan kemusnahan sebuah kedai alat ganti kereta di kawasan ibu kota.

Difahamkan, kedai alat ganti kereta tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, di sini hari ini.

Memetik sumber Kosmo, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.50 petang.

@wacanamy Ya Allah.. kejadian baru berlaku. #wacana #aspirasi #inspirasi #terkini #kepong ♬ Zikir Taubat – Munif Ahmad

Susulan itu, anggota dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dibantu BBP Sentul, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr. Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh dengan kekuatan 83 anggota telah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai (half cut) yang berkeluasan 40×100 kaki, terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber Kosmo

Jelasnya, operasi pemadaman melakukan teknik offensive dan defensive dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan kemerebakan yang lebih besar.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan setakat ini dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” tambahnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  5  =