Kecurangan Rooney buat Coleen mengalir air mata

 Kecurangan Rooney buat Coleen mengalir air mata

Coleen bersama suaminya, Wayne. FOTO Twitter

K UALA LUMPUR, 13 Okt – Coleen Rooney akhirnya mendedahkan kecurangan suaminya, Wayne Rooney yang terbabit dalam banyak skandal melanggan pelacur dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak dapat diterima’ .

Coleen, 35, yang juga isteri dan teman wanita (WAG) mengahwini bekas bintang Manchester United dan Everton itu pada 2008 dan mempunyai empat anak tetapi hubungan mereka terjejas disebabkan dakwaan suaminya kerap berlaku curang.

Bercakap pada sesi pelancaran trailer untuk Rooney iaitu dokumentari Amazon Prime mengenai kehidupan dan karier pemain bola sepak pasangan itu bercakap secara spontan mengenai impak jangka panjang terhadap mereka.

Mengimbau kembali mengenai tindakan Wayne melayan tiga pelacur pada 2002, Coleen berkata: “Saya tahu sekumpulan mereka yang berada bersama Wayne ketika itu meminum alkohol yang jelas sekali tidak bagus. Saya memaafkannya tetapi ia tidak dapat diterima.”

Wayne, 35, mengakui dia masih mengalami kesan akibat skandal itu mengakui: “Orang melihat pada saya
dengan cara yang berbeza.

“Bagi saya, penting buat saya orang mengingati saya berbanding apa yang saya sudah lakukan.”

Wayne dan Coleen mula keluar bersama pada usia 16 tetapi mengenali diri satu sama lain sejak berusia 12
tahun apabila Rooney bermain bolasepak dengan abangnya di garaj belakang rumahnya.

Mereka berkahwin di Itali pada 2008 selepas enam tahun keluar bersama dan mempunyai empat anak –
Kai, 11, Klay, lapan, Kit, lima, dan Cass, tiga tahun.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

95  −  87  =