Kecoh roti canai tepi jalan RM4 di Langkawi, KPDNHEP minta pembeli tampil

 Kecoh roti canai tepi jalan RM4 di Langkawi, KPDNHEP minta pembeli tampil

ALOR SETAR : Selepas kejadian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000, kini tular lagi satu perkongsian dimana seorang pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai tepi jalan di Langkawi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah meminta pelanggan roti canai RM4 sekeping yang didakwa di Langkawi tampil membuat aduan secara rasmi berserta resit untuk memudahkan siasatan dilakukan.

Pengarahnya, Rae Morn Verak berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai KPDNHEP Langkawi untuk membuat pemeriksaan namun hasil siasatan mendapati tiada premis yang menjual roti canai dengan harga RM4 sekeping seperti yang ditularkan itu.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) telah bersuara bahawa sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di Kedah.

Tambah Setiausaha CAKE lagi, walaupun semua sedia maklum harga barangan dan bahan mentah kini meningkat naik (mahal) namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal. Isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.

“Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu,” katanya.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

73  +    =  77