Kecekapan Maritim Malaysia Johor selamatkan 257 nyawa, RM4.3 juta aset

 Kecekapan Maritim Malaysia Johor selamatkan 257 nyawa, RM4.3 juta aset

JOHOR BAHRU –  Kecekapan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor berjaya menyelamatkan 257 mangsa dalam 68 kes direkodkan sepanjang tahun ini. 

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pelaksanaan menerusi operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) itu meliputi mangsa yang terbabit dalam insiden kapal atau bot karam, selain bantuan aset dan perubatan.

Katanya, secara keseluruhan, sebanyak RM3.4 juta nilai aset dan harta yang berjaya diselamatkan sepanjang tahun ini.

“Daripada 68 kes yang dilaporkan membabitkan 325 mangsa, seramai 257 selamat, manakala 42 mangsa maut dan baki seramai 26 mangsa masih hilang di laut. 

Pihak Maritim Malaysia Johor turut melakukan persediaan dan rondaan susulan kedatangan musim tengkujuh dan menasihat komuniti maritim mendapatkan maklumat terkini sebelum turun ke laut.

“Dalam menghadapi musim monsun timur laut, komuniti maritim terutama nelayan dinasihat supaya berwaspada dengan keadaan cuaca dan 

laut ketika ingin melakukan aktiviti perikanan di laut.

“Dapatkan maklumat ramalan cuaca terlebih 

dahulu dan pastikan peralatan keselamatan seperti jaket serta pelampung keselamatan sentiasa dibawa dan berada dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amaran keras turut diberikan terhadap warga asing yang ingin memasuki negara terutama di Johor supaya menggunakan pintu sah dan selamat. 

“Jangan mudah terpedaya dengan sebarang khidmat yang ditawarkan ejen atau tekong yang tidak bertanggungjawab kerana mereka 

lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan keselamatan dan risiko,” katanya.

Sebarang makluman aktiviti atau kecemasan di laut hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

60  +    =  61