Keberkesanan vaksin Sinovac, Pfizer sama

 Keberkesanan vaksin Sinovac, Pfizer sama

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Jul — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac dan Pfizer mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus COVID-19.

Katanya, tidak banyak perbezaan ditemui antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaan secara praktikal.

Jelasnya, perkara itu dibuktikan melalui data perubatan mengenai pengalaman Chile menggunakan Sinovac yang diterbitkan dalam laporan ‘New England Journal of Medicine’ 7 Julai lalu.

“Kedua-duanya sangat efektif dalam mengelakkan penyakit teruk COVID-19 dan sehingga dimasukkan ke hospital namun kurang berkesan menentang kesan ringan atau yang tidak mempunyai gejala,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.

Menurutnya, laporan itu melihat kepada seramai 4.2 juta penduduk lengkap divaksin berbanding 5.5 juga tidak divaksin bagi tempoh Februari hingga Mei lalu.

“Sinovac didapati mengurangkan jangkitan COVID-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus.

“Selain itu ia mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.3 peratus,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Israel juga menunjukkan vaksin Pfizer mengurangkan jangkitan sebanyak 64 peratus terhadap COVID-19.

Selain itu, katanya kementerian itu juga menjelaskan Pfizer menunjukkan 93 peratus berkesan terhadap simptom yang menyebabkan kemasukan ke hospital dan gejala serius.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *