Kebebasan bergerak mungkin ditarik balik ?

 Kebebasan bergerak mungkin ditarik balik ?

PETALING JAYA: Kecoh di media sosial berhubung isu gelombang penularan Omicron yang semakin meningkat kini membimbangkan.

Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah susulan berjaga-jaga untuk tidak memberikan kelonggaran dan kebebasan seperti sebelumnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan tidak mustahil kebebasan yang diberikan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditarik balik sekiranya kes Covid-19 terus meningkat ditambah dengan kemunculan varian baharu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seluruh rakyat diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 termasuklah dalam kebimbangan penularan varian baharu.

“Waktu saya umum PKP 1.0, hanya 347 kes dan kita beri janji kepada rakyat apabila kita buka negara, kita tidak akan tutup semula peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Jika pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik, PKP tidak dikenakan semula. Dan untuk memastikan ia tidak dikenakan mestilah bermula daripada diri kita sendiri.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di sini, hari ini.

Tambah beliau, kebimbangnya adalah kerajaan berjanji tidak akan ada PKP lagi tetapi jika kes meningkat sukar untuk kita mengekalkan keadaan itu.

“Peningkatan kes yang berlaku di luar negara seperti England yang merekodkan sehingga 70,000 kes sehari disebabkan kegagalan pematuhan SOP perlu dijadikan pengajaran.

“Selain pelaksanaan vaksin, pematuhan SOP ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal perlu terus diamalkan di seluruh negara bagi memastikan kes Covid-19 yang kini merekodkan purata 4,000 kes terus menurun,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pelaksanaan vaksin berjaya dilaksanakan di negara ini apabila mencapai 97.2 peratus individu yang menerima dua dos suntikan sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terbaik dalam pemberian vaksin Covid-19.

Katanya pemberian vaksin kepada golongan muda berumur 12 hingga 18 tahun juga dilaksanakan dengan 86 peratus individu telah menerima dua dos suntikan selain suntikan dos penggalak giat dilakukan pada masa ini.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  76  =  83