Kebakaran penjara di Tangerang, Indonesia ragut lebih 40 nyawa

 Kebakaran penjara di Tangerang, Indonesia ragut lebih 40 nyawa

Lebih 40 maut dalam kebakaran penjara di Tangerang, Indonesia. Foto- Bernama

JAKARTA, 8 Sept — Kejadian kebakaran di sebuah penjara di Tangerang, di Jawa Timur Indonesia dilaporkan telah meragut lebih 40 nyawa banduan di situ.

Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Teguh Prihartono dalam satu kenyataan di sini berkata, kejadian kebakaran yang terjadi di Lembaga Pemasyarakatan Kelas 1 Tangerang Blok C2 berlaku pada Rabu, Jam 1.4 waktu Indonesia Barat.

Menurutnya, punca kebakaran adalah dipercayai akibat litar pintas.

Setakat jam 9 pagi, dilaporkan sebanyak 41 banduan yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan berkaitan dadah disahkan maut.

Blok kelas 1 itu menempatkan seramai 122 orang banduan.

Pihak bomba, polis dan tentera Indonesia masih melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospital dan operasi memindahkan banduan-banduan ke blok lain yang lebih selamat masih berjalan.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

67  −  58  =