Ke arah KL bebas asap rokok

 Ke arah KL bebas asap rokok

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Selaras dengan gaya hidup sihat, satu larian virtual dianjurkan.

Program Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) di bawah Local Agenda 21 Kuala Lumpur, DBKL dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan BookDoc adalah untuk mempromosikan bandar Kuala Lumpur ke arah Bebas Asap Rokok di samping menggalakkan peserta yang merokok berhenti dan mengamalkan cara hidup sihat.

Klinik berhenti merokok juga dibuka kepada semua peserta warganegara Malaysia.

Larian virtual terbuka kepada semua warga Kuala Lumpur dibawah 3 kategori (lelaki, wanita dan warga emas). Kumpulkan langkah (steps) melalui aplikasi BookDoc setiap hari sepanjang enam bulan dan anda berpeluang memenangi hadiah bulanan menarik dan peserta dengan langkah terkumpul terbanyak dalam tempoh enam bulan akan memenangi hadiah utama berupa wang tunai!

Maklumat lanjut berkenaan penduan penyertaan larian dan klinik berhenti merokok boleh didapati di tinyurl.com/vklsfcr

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  51  =  61