KDA FC tidak ambil mudah aksi menentang Pahang FC esok

 KDA FC tidak ambil mudah aksi menentang Pahang FC esok

ALOR SETAR, 1 April — Pemain Pertahanan Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Mohd Rizal Mohd Ghazali (enam, kiri) bersama rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium Suka Menanti hari ini, sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Super 2021 menentang Pahang FC Jumaat ini. Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata Kedah mungkin akan berada dalam kedudukan bahaya sekiranya pemain pasukan ‘Hijau Kuning’ itu terlalu mengambil mudah dan memandang ringan kehebatan pasukan lawan. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

ALOR SETAR, 1 April — Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mungkin berada dalam kedudukan bahaya jika pemain mengambil mudah pasukan lawan mereka Pahang FC yang berada di kedudukan bawah dalam Liga Super.

Ketua jurulatih KDA FC Aidil Shahrin Sahak mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang ringan kehebatan lawan kerana penentu keputusan perlawanan malam esok adalah selepas wisel penamat.

“Kita tidak boleh ambil mudah kerana bola sepak ini penentunya ialah tempoh 90 minit perlawanan. Kalau pasukan bermain dengan baik, baru kita boleh dapat keputusan yang baik jadi semuanya kena tunggu selepas habis perlawanan nanti.

“Saya masih belum lihat kedudukan Kedah dalam carta liga kerana masih terlalu awal lagi. Bagi saya, kedudukan carta itu hanya akan kekal selepas perlawanan terakhir pasukan, sekarang kami akan bermain dengan memfokuskan satu perlawanan dalam satu masa,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan KDA FC di Padang Stadium Suka Menanti, petang semalam.

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak ditemui ketika menjalani latihan di Stadium Suka Menanti hari ini, 
–fotoBERNAMA (2021)

Buat masa ini, KDA FC berada di kedudukan ketiga Liga Super dengan 10 mata manakala Pahang FC berada di tangga dua terakhir dengan empat mata.

Aidil Sharin berkata setakat ini, 80 peratus pemain skuad Hijau Kuning berada dalam keadaan baik untuk aksi menentang Pahang FC esok dan hanya beberapa pemain sahaja masih belum sepenuhnya daripada kecederaan.

“Siapa yang berada dalam keadaan baik, mereka akan turun dan kita tidak mahu pertaruhkan apa-apa kerana perlawanan masih panjang lagi. Barisan kejurulatihan akan duduk berbincang bagi melihat siapa terbaik untuk turun bermain, tetapi yang penting kita ada barisan pemain yang sudah bersedia,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah KDA FC Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin berkata kejayaan menyumbang satu mata pada perlawanan menentang PJ City FC pada 17 Mac lepas telah meningkatkan semangatnya untuk memberikan aksi lebih baik ketika menentang Pahang FC nanti.

“Sekiranya diberi peluang untuk beraksi esok, saya akan buat yang terbaik dan mendengar segala arahan daripada ketua jurulatih bagi mengutip tiga mata penuh ketika menentang Pahang. Saya memang sentiasa bersedia, jadi saya harap diberi peluang turun padang pada perlawanan esok dan seterusnya.

“Saya juga selesa bergandingan dengan pemain-pemain import lain, mereka juga banyak memberi tunjuk ajar, banyak yang saya boleh belajar daripada pemain-pemain senior lain,” katanya.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  46  =  49