• Thursday, 17 June 2021, 1:03 pm

Kaunter PTPTN seluruh negara tutup, urusan secara dalam talian

 Kaunter PTPTN seluruh negara tutup, urusan secara dalam talian

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Semua perkhidmatan kaunter di pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) negeri dan cawangan di seluruh negara ditutup mulai hari ini hingga 14 Jun, selaras dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

PTPTN dalam satu kenyataan bagaimanapun memaklumkan perkhidmatan secara dalam talian menerusi portal rasminya di www.ptptn.gov.my masih diteruskan bagi urusan permohonan pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun atau penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Susulan sekatan itu juga, PTPTN turut memberi kelonggaran dan pemanjangan tempoh bagi penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman PTPTN.

“Dokumen bagi kelulusan baharu¬†bertarikh 7 Mei dilanjutkan tempoh penghantaran sehingga 28 Jun.

“Bagi peminjam yang diluluskan pertukaran Ujrah mulai Mei 2021 dan penstrukturan semula pinjaman Jun 2021,¬†boleh membuat penghantaran dokumen selewat-lewatnya pada 30 Jun melalui pos ke Ibu Pejabat PTPTN di Kuala Lumpur,” menurut¬†kenyataan itu¬†hari ini.

PTPTN memaklumkan pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan live chat di portal rasmi untuk berhubung terus secara langsung dengan pegawai PTPTN, yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, pelanggan boleh menggunakan saluran e-Aduan di eaduan.ptptn.gov.my atau media sosial rasmi PTPTN atau menghubungi eksekutif pemasaran PTPTN di seluruh negara melalui portal rasmi atau hubungi talian careline di 03-2193 3000 yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

“Kemudahan perkhidmatan dalam talian dan kelonggaran itu adalah komitmen PTPTN untuk memastikan urusan pelanggan tidak terjejas sepanjang tempoh penutupan kaunter,” menurut¬†kenyataan itu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *