Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Kapten Sepanyol Sergio Busquets positif COVID-19

Kapten Sepanyol, Sergio Busquets. Kredit foto FIFA.com
MADRID, 7 Jun – Kapten skuad bola sepak Sepanyol, Sergio Busquets disahkan postif COVID-19, lapan hari sebelum bermulanya Euro 2020.
Memetik dari laporan BBC, keputusan itu telah memaksa Sepanyol untuk menarik diri dari perlawanan persahabatan terakhir menentang Lithuania pada hari Selasa ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Walaupun keputusan ahli pasukan lain negatif, Busquets, 32, dan kontak rapatnya tetap akan dikuarantin. Kehilangan Busquets sementara ini pasti akan terasa oleh skuad Sepanyol kerana kebijaksanaannya dalam mengendali posisi tengah.
Menurut Persekutuan Bola Sepak Sepayol (RFEF), persahabatan dengan Lithuania kini akan digantikan dengan skuad Bawah 21 Sepanyol
RFEF menawarkan pembayaran balik tiket dan potongan harga kepada mereka yang masih ingin hadir ke perlawanan tersebut.
Sepanyol memulakan kempen Kumpulan E Euro 2020 menentang Sweden di Seville pada 14 Jun, sebelum menentang Poland (19 Jun) dan Slovakia (23 Jun).